Sebagai langkah berjaga-jaga menghadapi penularan wabak H1N1 (Selsema Babi), pihak pentadbiran SMK Saribas telah mewajibkan semua warganya memakai topeng muka semasa berada di kawasan sekolah.
Selain itu, usaha lain yang dilakukan adalah dengan meminta pelajar-pelajar yang kurang sihat segera ke Klinik Kesihatan Debak untuk menjalani pemeriksaan kesihatan.
Pihak sekolah juga dengan kerjasama Pejabat Kesihatan Daerah Betong, telah mengadakan ceramah kepada semua warga SMK Saribas berkenaan wabak ini di Dewan Sri Rimbas pada 5 Ogos 2009.
Jabatan Pendidikan Islam SMK Saribas juga akan menganjurkan solat hajat bagi mengelakkan penularan wabak ini. Semoga dengan langkah yang diambil ini, kita dapat menghindarkan penularan wabak yang merbahaya ini.
06 August 2009
Subscribe to:
Posts (Atom)