Sebagai langkah berjaga-jaga menghadapi penularan wabak H1N1 (Selsema Babi), pihak pentadbiran SMK Saribas telah mewajibkan semua warganya memakai topeng muka semasa berada di kawasan sekolah.
Selain itu, usaha lain yang dilakukan adalah dengan meminta pelajar-pelajar yang kurang sihat segera ke Klinik Kesihatan Debak untuk menjalani pemeriksaan kesihatan.
Pihak sekolah juga dengan kerjasama Pejabat Kesihatan Daerah Betong, telah mengadakan ceramah kepada semua warga SMK Saribas berkenaan wabak ini di Dewan Sri Rimbas pada 5 Ogos 2009.
Jabatan Pendidikan Islam SMK Saribas juga akan menganjurkan solat hajat bagi mengelakkan penularan wabak ini. Semoga dengan langkah yang diambil ini, kita dapat menghindarkan penularan wabak yang merbahaya ini.
06 August 2009
09 July 2009
HARI SUKAN 2009...MERIAH........!!
nie pengacara majlis yg bertugas di astaka,sentiasa memberi pengumuman terkini ..
pelajr t.6 yg msh menunggu keje kosong...hahaha..bersedia untuk brkhidmat.
tgh tdo ke nie???
posing ajk pegawai kejohanan yang cun melecun & macho....
seriusnye.....
aik...ada apap apa dgn ckgu baru tu ke??
lembar je snyuman 3 org gadis nie...kerja dah siap ke??
sdang sibuk mengurus penyeliaan peserta...
photographer juge nk ambik gmbr le..hehe
hehehe...mana pergi cikgu cikgu nie.?
ajk peralatan yang x kenal lelah...
pelajar tingktan 6 bwh yang sibuk mnolong ckgu ajk minuman.
yahoo....dapt tempat kedua pun kira bgus laa....
nie wjh pengurus sukan saga,satria n iswara..senyum sakan....
penyelaras tingkatan 6, cikgu zulkifli sedang memantau aktiviti aktiviti pelajar t.6..
hehehe...pengerusi acara kite sempat tersenyum nie...ad apa apa ke???
posing pelajar t.6 bg ajk hadiah di astaka.
perasmian kejohanan sukan yang dinantikan-nantikan olek para pelajar...minat kat belon yang warna warni tu..
azmi derus sdg mbaca ikrar kejohanan.
gaya seorg atlet harapan sekolah
nyalaan obor kejohanan sukan kali ke 19
piala piala kejohanan rebutan semua.
sedang memadam api obor obor.
yahoo..!!! sy lah juara jalan kaki...
pengsan la atlet saribas ni...sibuknya ajk pbsm nie.....
Labels:
persatuan tingkatan 6 smksd
19 June 2009
Malam Dialektologi Saribas 2009 Akan Bermula
Semua pelajar Tingkatan 6 Rendah yang mengambil kursus 910/1 Bahasa Malaysia Kertas 1 dikehendaki menyiapkan satu penyelidikan berkumpulan berkenaan Dialek Melayu Saribas dan Dialek Iban Saribas.
Kertas projek hendaklah diserahkan kepada En. Zulkifli bin Hasim selewat-lewatnya minggu pertama bulan November 2009 dan pembentangan akan diadakan pada minggu kedua bulan Oktober 2009.
Maklumat dan panduan tugasan berkumpulan boleh didapati di Blog En. Zulkifli Hasim di http://zoncekpa.blogspot.com atau dengan mengklik pautan Penyelaras Tingkatan Enam.
Aktiviti Pengakap Kelana SMK Saribas Akan Diteruskan
Latihan Kebakaran SMK Saribas...Berjaya!!!
Kira-kira jam 11.00 pagi Jumaat, 19 Jun 2009 SMK Saribas telah dikejutkan dengan bunyi siren dan kehadiran jentera bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Betong. Semua pelajar bergegas ke tapak perhimpunan dalam tempoh yang singkat tetapi teratur.
Tahniah kerana tiada yang terperangkap di dalam kebakaran...
Terima kasih kepada Pasukan Bomba dan Penyelamat Betong yang memberi tunjuk ajar kepada kami tentang cara-cara menghadapi kebakaran di dalam bangunan sekolah.
Semoga Berjaya
Salam..
Sy sbg wakil pelajar tingkatan 6 ingin mengucapkan slmt maju jaya kpd CIKGU EMPARI yg baru je pindah ke sekolah baru hari selasa ni tadi.Jasamu guru dikenang selalu,dont forget we all.Sekiranya cikgu terasa hati dgn perangai kami,maafkanlah kami sume.Semoga hp di tempat baru.Terima kasih krn sudi menabur budi kpd kami.
Senior 2009

Semangat Pelajar Junior
Salam...
Aku respectlh kat bbrpa org junior yg rajin wat stdy group waktu ptg.Mula2 tu ingatkan diaorg lepak,tp rupa2nye diorag tgh stdy.Bla tak fhm diaorg bertanya kat senior.Mcm tu lh cara org bljr.Jgnlh wat dont know je depan senior..Congratulations to u all.Tp jgn hangat2 tahi ayam dah le..Bg yg berat mulut nak bertanya tu,sedar2 lah.Kita kat sini nak stdy bknya nak berlagak..Tp.aku confuse gak bla sorang guru komen ttg bbrpa org junior yg tutup pintu dan tingkap bla berada kat kelas..u all wat apa tu??korang jawablah sendiri ye..da..

18 June 2009
Syukur Alhamdullilah
Kami amat bersyukur dan berterima kasih kepada pihak pengurusan sekolah terutamanya kepada Ayahanda Pengetua, En. Hazemi bin Jahan, Penolong Kanan HEM, En. Dickson Ahmad Zaidi, Penyelaras Tingkatan 6, En. Zulkifli bin Hasim, guru-guru mata pelajaran Tingkatan 6 serta kakak-kakak pembantu tadbir sekolah kerana membantu meringankan beban tiga orang pelajar Tingkatan 6 Atas menjelaskan yuran bayaran Ujian MUET Akhir Tahun 2009 serta memberi motivasi dan dorongan kepada rakan-rakan kami bagi menghadapi Ujian MUET Akhir Tahun yang bakal tiba pada Oktober dan November 2009.
Kami berasa amat bertuah dan berbangga kerana guru-guru dan warga di SMK Saribas yang lain amat prihatin terhadap masalah kami di sini.
Sebagai balasan, kami berjanji akan belajar bersungguh-sungguh sehingga mencapai kejayaan.
Jasa cikgu-cikgu dan pihak pejabat am tidak akan kami lupakan. Semoga Allah membalas jasa tuan-tuan dan puan-puan.

Terima Kasih
Pihak Persatuan Tingkatan 6 SMK Saribas mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak sekolah terutamanya kepada Ayahanda Pengetua, En. Hazemi bin Jahan kerana sentiasa berusaha menambah koleksi buku-buku rujukan pelajar Tingkatan 6 di Perpustakaan SMK Saribas.
Kami juga mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada pihak PIBG SMK Saribas kerana sudi memberi sumbangan bagi menambah koleksi buku-buku rujukan pelajar Tingkatan 6 di Perpustakaan SMK Saribas.
Terima kasih juga diucapkan kepada En. Ismail bin Muhammad bekas pelajar SMK Saribas kerana sudi menderma buku-buku rujukan pelajar Tingkatan 6 kepada Unit Tingkatan 6 SMK Saribas.

Subscribe to:
Posts (Atom)